Wednesday, 7 October 2015

PENGENALAN SYARIKAT MORNING PRESTIGE.

 
Syarikat MPT MORNING PRESTIGE TRADING merupakan sebuah syarikat berstatus Bumiputra yang mempunyai potensi besar dan berdaya maju. Syarikat ini telah didaftarkan pada 6 Oktober 2015.Dengar berbekalkan pengalaman kami dalam bisnes barangan saintifik dan barang keperluan sekolah selama 15 tahun sudah cukup untuk kami membantu anda untuk mencari barang keperluan berkenaan saintifik dan sekolah.Bagi melancarkan tugas anda mengkaji dan menyelidik.
  Secara amnya, syarikat MPT MORNING PRESTIGE TRADING terlibat sepenuhnya dalam bidang pembekalan dan dikhususkan pada barangan saintifik/makmal, kimia makmal, barangan pakai-habis, barangan klinikal, barangan keperluan sekolah dan sebagainya.
  Tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi permintaan barangan tersebut bagi tujuan penyelidikan yang semakin meningkat dari masa ke semasa berlandaskan kepada dasar negara yang kini dilihat sangat mengalakkan bidang penyelidikan dalam rangka menjana kemajuan negara serta untuk permudahkan urusan pihak pengurusan sekolah untuk mencari barang berkenaan sekolah bagi memudahkan urusan guru-guru.
  MPT MORNING PRESTIGE TRADING membina reputasinya sebagai perintis trent yang terkenal dalam industri peralatan pendidikan dengan menyediakan akses terbaru dalam bidang peralatan sains dan teknologi.kami melebarkan sayap sebagai pembekal penyelesaian utama dalam industri pendidikan sekolah,sainstifik dan teknikal di Malaysia. 
 MPT MORNING PRESTIGE TRADING juga menawarkan perkhidmatan sebagai pembekal peralatan perpustakaan,alat tulis,peralatan saintifik,mesin mesin pejabat,perkakas elektrik dan segala jenis percetakan.Sejajar dengan matlamat syarikat yang bersikap daya saing,komitmen yang terbaik sama ada keperluan individu,organisasi,korporat atau pun organisasi yang sedang membangun.
   Oleh itu syarikat kami dapat memberi pembaharuan dengan barangan yang lengkap,sesuai untuk pelanggan pelanggan di Malaysia.Dengan berkat kesungguhan dan kerjasama dari pihak tuan/puan dapatlah kami merialisasikan impian kakitangan dan wawasan syarikat
    



  


No comments:

Post a Comment